Total Pageviews

Wednesday, February 3, 2010

Perihal Pendidikan Vernakular

Prof. Khoo KK dan Datuk Wee KS telah dipelawa sebagai ahli panel di dalam sebuah dialog yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. Secara rambangnya, Prof dan Datuk telah bertaruh hujah dengan mengatakan pasal pendidikan Cina - samada ianya suatu kelebihan? Dan ianya sebagai "copycat"

Prof berpendapat bahawa,konteks SJKC telah membawa kepada impak yang negatif dalam integrasi dan perpaduan masyarakat. Banyak juga elemen sejarah telah dikemukakan oleh Prof tapi bukan secara tawarikh. Datuk cakap pasal kejayaan SJKC dalam mencerminkan proses pendidikan di negara ini. Beliau juga mengingat ramai elit-elit telah mendapat pembelajaran sekolah rendah di SJKC. Namun, secara uniknya, Prof. dan Datuk memang tidak menyangkal akan kelebihan SJKC. Datuk juga menambah bahawa, teks pembelajaran telah dinilai dan teks perpaduan negara telah dicerminkan dalam kurikulum dan ianya tidak berlainan dengan SJK. Yang lainya, bahasa yang digunakan.

Guru-guru dan tenaga pendidik juga memainkan peranan yang penting. Muat dan punggahnya situasi SJKC dan SJK adalah ternyata dengan jelas dalam konteks pembelajaran yang efektif. Prof memang tidak salah yang mengatakan SJKC adalah penghalang kepada integrasi perkauman. Prof juga tidak salah apabila beliau berceria dengan menyerlah contoh-contoh - bagai ibu yang mengandung dan akan bersalin. Doktor telah memberitahu hanya salah seorang boleh hidup...Anaknya ataupun ibunya. Perlu kena pilih diantara ibu dan anak...Itu betapa susahnya pilihan diantara SJKC perlu diteruskan atau pun tidak.....Pada pendapat saya, ianya tidak masuk akal..

Setahu saya, konteks pendidikan Cina menegaskan budaya Cina yang terserlap dalam bahasanya. Bangsa Cina memang hendak menegakkan kesahihan cara hidup mereka yang unik. Begitu juga cara pemikiran mereka. Secara umumnya, pentadbir semasa - dari Inggeris kepada Melayu dan sebagainya...tidak bersamaan dengan budaya Cina yang ditegakkan oleh cara pembelajaran Cina. Prof mengatakan bahawa adanya perbezaan ketara di antara cara Inggeris dan cara Cina. Beliau juga menjejaki sejarah pendirian SJKC yang bermula dengan penyediaan sekolah-sekolah Cina di kawasan-kawasan penempatan Cina. Pihak Inggeris meluluskan dan memberikan panduan kepada sekolah-sekolah Cina ini - dengan alasan bahawa, pendatang Cina hanya tinggal di Malaya (dan sekarangnya Sabah dan Sarawak) bekerja secara sementara dan akan bertolak balik ke negeri mereka masing-masing. Perlu diingatkan, pihak Inggeris tidak banyak membantu sekolah-sekolah Cina ini. Ianya bagaikan 'international school' pada masa sekarang.

Samaada pihak Inggeris mendiri dan membangunkan sekolah-sekolah ini - tidak perlu dipertikaikan lagi...Yang pentingnya, persoalan sekolah-sekolah ini telah wujud dan memang diterima oleh pihak-pihak yang berkenaan. Pada mana, Prof telah mengatakan tentang kesinambungan integrasi sejagat di mukabumi ini..

Pada hemat saya, perkelahian dan perbezaan antara kaum bermula dengan konsep pemegangan politik perkauman. Saya tidak setuju dengan Datuk Wee dimana kemajuan dan kelebihan pembelajaran Cina ini adalah dikata-ungkitkan secara holistik. Saya setuju dengan Prof bahawa pembelajaran Malaysia yang majmuk dan tidak menyatu telah membawa impak yang negatif dalam konteks integrasi perkauman. Namun, semua tahu bahawa, kaum Cina yang bercenderung dengan pendidikan anak-anak ini; telah bertungkus lumus untuk memastikan supaya anak-anak mereka mendapat kelulusan akademik yang tinggi.. Begitu juga dengan kaum-kaum yang lain. Setahu saya, dahulunya ibubapa-ibubapa berpendidikan rendah. Mereka menganggap pendidikan tinggi dapat menjamin masa depan mereka - supaya lebih senang mencari nafkah dan lalu hidup mereka lebih selesa. Itulah tanggapan mereka dahulukala. Jadi, semua orang berebut-rebut untuk mendapat markah yang tinggi (sebab kemasukan dan kelayakan di institusi tinggi kebanyakannya bergantung kepada keputusan peperiksaan rasmi yang berperingkat).

Itu bukan cara yang baik. Tetapi, ia mungkin cara yang paling efektif. Kalau tidak berpandukan kepada keputusan peperiksaan untuk memilih calon-calon universiti dan pengajian tinggi. Saya tidak nampak lagi cara lain yang lebih mujarab untuk menyelesaikan situasi ini. Prof yang mengatakan konsep pendidikan di Malaysia yang hanya tercondong ke arah keputusan peperiksaan, perlu dikemaskinikan untuk tujuan pembangunan yang lebih dokmatik dan sofistikated.

Secara umumnya, sessi dialog ini telah mencerminkan kehadiran penguasa pendidikan yang tidak munasabah; dan pentadbir sekolah serta NGOs yang berpegang teguh dengan prinsip dan pendirian mereka terhadap pendidikan Cina.

Isu pendidikan Cina ini telah dikerumunkan sejak merdeka. Dulu, sekolah Cina diharongi dengan sentimen komunis. Lepas itu, ianya dijadikan pemisau kepada ahli poltik. Kini, sekolah Cina merupakan suatu daripada unsur daya saing negara ini. Pada pendapat saya, maupun sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah agama,sekolah rendah kebangsaan ada unsur penting akan kewujudannya. Tidak perlu dipertikaikan sama ada ianya dapat menolong dalam proses integrasi negara.

Secara umum, dan bah kata pepatah, biarnya hitam atau putih kucing itu, kewibawaan dan kebolehannya menangkap tikus ini yang menentukan kejayaan dalam hidupnya. Dan bukan mengatakan kucing warna putih adalah yang terbaik, dan kucing yang berwarna tidak baik.. Berlalunya, zaman kekongkongan fikiran dan minda tertutup. Kini, kita harus pandang ke depan yang lebih jauh.. Dimana juanya dapat memperlihatkan keputusan yang baik dan kejayaan secara initiatif keongkosan, medium bahasa mana (sama ada Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol ataupun Bahasa Jerman ataupun bahasa Rusia, Bahasa Cina) adalah tidak penting lagi. Yang pentingnya ianya mendatangkan kelebihan yang tinggi.

Petikan sebuah lagu yang liriknya mengatakan "Dimana selesa tempatnya, ke mana kita perlu duduki." Lazimnya, ini merupakan statemen yang drastik kepada pejuang pendidikan Cina. Penganjur and lembaga sekolah menggunakan platfom ini untuk mendapatkan kepentingan mereka. Warga politik dan Yang Berhormat-Yang Berhormat perlu ingat bahawa kepentingan rakyat mesti diutamakan. Jikalau warga-warga ini hendakkan sekolah Cina, adalah wajarnya untuk mendirikan sebuah sekolah Cina. Begitu juga dengan sekolah Tamil, sekolah Agama dll.

Kini, sejauh mana kita ingin melonjak ke depan dan tidak berundur ke belakang; sejauh mana bangsa Malaysia dapat melangkah ke depan. Perkelahian dan pencacian sesama sendiri terhadap bahasa, agama dan lain-lain adalah tidak penting lagi.. Yang pentingnya, kita perlu berdepan dengan globalisasi dan bukannya penyelimutan sesama sendiri di dalam rumah sendiri. Kita perlu mengolak langkah ke depan untuk bersemuka dengan persaingan daripada luar negara......


hahahahahaha aha haha hhhh.........