Total Pageviews

Sunday, January 31, 2010

subsidi gasolin

Ada pula dilaksanakan bahawa subsidi gasolin kepada individu akan diadakan mengikut pendapatan. Tujuannya - orang kaya beli gasolin dengan harga yang lebih tinggi dan orang miskin pula lebih murah. Masalahnya siapa dia yang kaya dan siapa pula yang miskin. Cuba ingat, orang yang miskin nanti boleh 'menjual' kuota mereka kepada orang yang kaya dan justeru itu dapat keuntungan.

Kini, ada 2 aliran pemikiran. Pertama, harga komoditi dan barangan kehendak biar ditentukan oleh pasaran. Dan kedua, harga komoditi perlu ditegah ke tahap yang tertentu. Jika melalui pasaran, pengguna akan tertedah dengan harga yang selari dengan harga pasaran. Jika harga ditetapkan seperti sediakala, pengguna tidak perlu memikirkan penukaran harga. Mekanisma yang dijalankan oleh kerajaan memang dapat memperlihatkan suatu sistem ekonomi yang tenteram.

Pengguna-pengguna tidak akan ditegah dengan harga barang yang tidak tetap. Bila harga melantun tinggi, belbagai subsidi dan diskaun cukai telah diberi - dengan tujuan untuk menstabilkan dan menetapkan harga barang pada tahap yang disenangi oleh rakyat. Demikian juga, ianya memperlihatkan suatu keadaan yang pasif dengan pemikiran pemasaran tentang persaingan semasa. Langkah kerajaan adalah dengan niat yang baik. Walaupun demikian, langkah yang baik selalu juga disalahgunakan.

Macam subsidi minyak diesel kepada nelayan. Pula digunakan untuk mengaut kekayaan. Pada saya, situasi harga yang tidak seimbang akan dipergunakan untuk mengaut kekayaan. Lambat laun, stesyen minyak akan penuh dengan orang miskin yang beratur untuk membeli minyak. Ada yang akan dipelawa untuk menjual kuota mereka.

Saya harap kerajaan mesti mau fikir masak-masak sebelum kad minyak tersebut dilaksanakan. Saya rasa, cara yang paling baik adalah kawalan harga komoditi ini perlu dimansuhkan. Perlu diingatkan bahawa, sebarang kawalan ini adalah melibatkan kos pengurusan dan kos pengendalian. Sudah tentu, ianya tidak dimasukkan dalam kertas kerja kabinet. Dan lazimnya, kalau staf tak cukup, pula ianya minta untuk tambahkan staf.

Perlu diingatkan bahawa, kita harus mengolak langkah untuk mengurangkan kos-kos pengurusan yang tidak sepatutnya ada. Diharap kawan-kawan kita di dalam pentadbiran kerajaan perlu berhati-hati dengan kos pengurusan ini.

WE MUST ELIMINATE THOSE UNNECESSARY COST. THIS COST KILL....
SUGGEST TO CONVERT MOST OF THIS COST INTO VARIABLE COST INSTEAD OF FIXED COST.
I AGREE WITH NAJIB ON GOVERNMENT - IS ONLY AS FACILITOR WHEN COME TO BUSINESS AND NOT OTHER WISE.

hahahahahhaha ahah

No comments: