Total Pageviews

Saturday, July 24, 2010

Pembangunan SJKC di Daerah Petaling

Sebuah SMS telah diterima pada malam Khamis yang lalu. Yang menghantarnya adalah Lee daripada Gabungan Lembaga Sekolah-Sekolah Rendah Cina Daerah Petaling. Rungutannya terhadap Kerajaan Negeri kerana tiada apa pendekatan & tindakan terhadap permohonan mereka untuk mendapatkan tanah sekolah bagi mendirikan sekolah-sekolah rendah yang baru di Daerah Petaling.

Sejumlah 8 bidang tanah telah dikenalpasti. Kesemuanya adalah tanah rezab sekolah yang diserahbalik oleh pemaju semasa pembangunan dibuat i.e. di Puchong Permai, Jalil Height, Kinrara 5, Ara Damansara, Kota Damansara, Bukit Rahman Putra, SPK Shah Alam dan Damansara Damai.

Adalah didapati bahawa Daerah Petaling mempunyai 20 buah sekolah rendah Cina. Sekolah-sekolah ini mencatat bilangan murid yang ramai di seluruh Malaysia. Ia mempunyai seramai 45000 orang. Jadi, purata bilangan murid adalah 2250 orang/sekolah!!!!!!

Difahamkan bahawa, terdapat 6 buah sekolah yang mencatat jumlah bilangan murid yang melebihi 3000 orang. SJKC Yak Chee di Bt 6 Puchong, telah mencatat seramai 4000orang.

Oleh kerana ketidakpastian samada sekolah baru didirikan, kebanyakan sekolah-sekolah ini telah mula membina blok bangunan tambahan bagi menampung lebih ramai murid-murid. Bayangkan, sekolah-sekolah ini akan mencatat lebih 4000-5000 orang murid dalam masa lima tahun yang akan datang. Ini akan berkesudahan dengan masalah lalulintas yang terlalu penuh sesak akibat daripada kepadatan murid di sekolah-sekolah ini.

Secara umumnya, dasar pelajaran negara yang tidak mengendahkan pembangunan sekolah vernakular ini, telah menyebabkan keadaan ini. Barisan Nasional maupun Pakatan Rakyat kena fikir masak tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini. Disebalik, penegakan dasar yang mengutamakan sekolah kebangsaan, SJKC ini tidak diutamakan maupun dari segi penyediaan kelengkapan, bantuan kewangan dan sebagainya.

Kerapkali, pendekatan untuk keutamaan banyak berlaku semasa pilihan raya umum. Ianya telah dijadikan suatu alat persembahan politik. Disebalik keutamaannya untuk menyediakan kualiti pengajaran yang tinggi, sekolah rendah Cina telah disifatkan sebagai 'halangan' terhadap perpaduan negara. Inilah sebab yang utama dimana pentadbir dan pengarah-pengarah jabatan kerajaan tidak mengendahkan pembangunan sekolah rendah Cina.

Dulu lain, sekarang lain. Bahasa Mandarin telah menjadi bahasa pengantar dalam dunia perdagangan kemaskini. Ramai para pendidik di luar negara telah berkecimpung dalam pendidikan Bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin tidak lagi jadi penghalang kepada pembangunan negara malah ianya merupakan pengantar yang paling penting dalam menjayakan transformasi ekonomi negara ke ekonomi berpendapatan tinggi.

Disebalik penukaran pendirian terhadap minda yang terkongkong dengan bau perkauman, pentadbir-pentadbir perlu melepaskan ikatan yang tidak tolak bandingnya dengan misi halangan pembangunan ekonomi negara. Sekolah rendah Cina perlu didirikan di mana yang perlu, untuk menampung keperluan penduduk-penduduk yang tambah dengan pesatnya dalam masa 20 tahun ini. Sekolah-sekolah rendah Cina tidak lagi hanya dipelajari oleh kaum Tionghua, malah ianya telah mula mendapat sambutan hangat daripada kaum Melayu dan India.

Terpulanglah pemimpin politik dan pentadbir kerajaan untuk menjalankan usaha pembangunan sekolah-sekolah supaya ianya dapat memanafaatkan rakyat secara umumnya...


hahahahhaha.......hahahahaha,.......

No comments: