Total Pageviews

Tuesday, August 16, 2011

Penderhaka : Erti Nilai Dari Perspektif Sejagat - Keadilan Rakyat

Maka perkataan derhaka yang membawa maksud bahawa sesuatu kelakuan yang menyangkau daripada garis panduan dan sasaran kumpulan orang. Dan orang yang melakukan mosi itu adalah penderhaka. Penderhaka menjelma keadaan huru hara. Penderhakalah yang menjadi pemerintah takut dan justeru menjadikan mereka musuhnya.

Lazimnya, penderhaka itu sedang bermastautin dan bekerja di bawah jurusan pemerintah itu. Jarang disebutkan bahawa apa sebabnya penderhaka itu ingin menderhaka. Tidak disebut pula bahawa pemerintah sekarang ini mungkin pernah menderhaka kepada pemerintah yand dahulunya sebelum beliau menjadi pemerintah. Justeru, erti kata penderhaka itu disifatkan sebagai sebuah kelaziman bahawa pemerintah tidak suka dengar kenyataan yang mencanggah kesahihannya sebagai pemerintah.

Maka, pemerintah pun ingin membela diri untuk mempertahankan takhta pemerintahannya. Dan dengan ini, pemerintah akan cuba sedaya upaya untuk memburukkan imej tentang kemayaan pembangkangnya. Lazimnya, penderhaka ini bekerja dengan pemerintah sebagai pembantu yang menjawat jawatan yang terdekat dengannya.

Maka, penderhaka ini lazimnya membongkar rahsia pemerintah ini dan justeru itu telah menjatuhkan imej pemerintah itu. Penderhaka ini juga mengambil risiko terhadap nyawanya, jawatannya, kariernya, keadaan kewangannya untuk melawan pemerintahnya. Maka, penderhaka ini mesti mempunyai sesuatu desus dan pendirian yang bererti; supaya beliau ingin menggadaikan semua kesemua di atas demi untuk menegakkan keadilan yang disebutkan oleh penderhaka itu.

Maka, penderhaka itu berlawan dengan pemerintah kerana pemerintah itu dianggap tidak layak untuk menjadi pemerintah. Dan, pemerintah itu telah hilang sifat kepimpinannya. Justeru itu, pemerintah itu telah lupa diri bila beliau menjadi pemerintah. Maka, pemerintah telah memaksa dan memperdaya penderhaka itu keluar daripada aliran pemerintahan. Penderhaka itu telah dipaksa kerana ianya mengancam kepimpinan pemerintah itu. Penderhaka itu telah disifatkan sebagai pengkhianat walaupun ianya tidak. Pemerintah itu menjelmakan imej yang tidak baik terhadap penderhaka itu. Justeru itu, imej keruntuhan akhlak inilah yang memberi sebab kepada pemerintah untuk melenyapkan penderhaka itu.

Dan apabila penderhaka itu mula berlawan, pemerintah itu telah menganggapnya sebagai pengkhianat negara. Pemerintah itu telah menjelmakan beliau sendiri sebagai negarawan yang telah begitu patriotik kepada negaranya. Nilai tamak akan kuasa dan naluri untuk bertempur telah menjatuhkan akhlak seseorang. Samada penderhaka itu derhaka adalah terpulanglah penjelmaan yang akan berlaku selama beberapa dekad : yakni sejarah akan menawarikhkan kesahihan kelakuan penderhaka itu. Pula, orang-orang yang bersikap diam dan sopan santun; memberi nasihat yang menepati kemahuan dan keghairahan pemerintah itu pula digemari pemerintah. Pula, orang-orang ini akan terus bekerja sebagai menteri kanan dan pegawai yang tertinggi - menikmati kemewahan dan kekayaan yang tidak tolak bandingnya. Wujudnya kumpulan orang-orang ini adalah bertujuan untuk menegakkan zaman pemerintahnya. Samada orang-orang ini telah berkhidmat kepada negara dengan jujur dan baik atau tidak, juga telah dianugerahkan dengan Pingat Kebesaran yang mengiktirafkan mereka sebagai negarawan, cendikiawan, sasterawan, dan sebagainya.

Api tidak akan dapat dibungkus oleh kertas; itu kata pepatah Cina yang menyifatkan apa yang benar itu sahih meskipun kebenaran dilupus. Penderhaka itu pasti mempunyai alasannya untuk berbuat demikian. Justeru, penderhaka itu tidak akan jadi penderhaka tanpa mendapat sambutan dan sokongan daripada orang ramai. Maka, ianya mesti mempunyai fakta dan nilai perspektif sejagat yang cukup kental sehingga orang ramai memberi sokongan yang begitu padu kepada penderhaka.

Maka Penderhaka itu telah dikerumi dengan kesalahan; mengakibatkan beliau dijatuhkan hukuman penjara. Meskipun dipenjarakan, penyokong-penyokongnya tambah bertubi-tubi. Kerana kekebalan dan kedegilan pemerintah sehingga beliau sanggup menjual nasib rakyat demi takhta kerajaannya. Pemerintah dan penderhaka ini telah berlaluan dengan pembalahan dan perkelahian yang tidak terputus-putus.

Erti nilai murni dan kesanjungan tinggi terhadap pemerintah dan penderhaka itu hanyalah dibezakan dengan sejurus pemikiran sahaja. Samada ianya disifatkan sebagai penderhaka lalu diibaratkan sebagai pemberontak itu akan menjadi sejarah. Lazimnya, jika penderhaka itu menjadi pemerintah, maka pemerintah yang dahulu itu akan diburukkan dan pendirian terhadap penderhaka itu akan diperbetulkan. Peristiwa ini akan dicatatkan dalam sejarah. Sejarah telah mempertikaikan soal kesahihan kedua-dua pihak dari segi perspektif sejagatnya - KEADILAN RAKYAT.



No comments: