Total Pageviews

Tuesday, May 17, 2011

Bangsa Malaysia

Secara lazimnya, rakyat Malaysia mempergunakan perkataan "bangsa" sebagai pengertian suku kaum. Setahu saya, perkataan "bangsa" membawa erti kata kenegaraan yang unik. Keunikan ini adalah wujud sebagai simbol dan identiti sebuah negara. Lantasnya perkataan 'bangsa' telah dilanjutkan kepada perkataan "kebangsaan". Dan ianya membawa kepada semangat kenegaraannya.

Bila ditanya umum, rakyat Indonesia akan mengatakan mereka sebagai Bangsa Indonesia. Maka, jika dia orang Jawa, mereka akan tonjol sebagai Suku Jawa. Mereka tidak mengatakan bahawa mereka adalah Bangsa Jawa, Bangsa Madura, Bangsa Flores, dan sebagainya. Mereka hanya mengatakan mereka sebagai Orang Jawa ataupun asal Jawa, suku Jawa dan sebagainya. Dan beginilah mereka pertikaikan kenegaraan dan kebangsaan rakyat Indonesia.

Sebaliknya di Malaysia, kami telah dikaitkan dengan perkataan bangsa ini termaktub kepada suku kaum di sekitar Malaysia. Bila ditanya, rakyat Malaysia terbahagi kepada bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India, bangsa Kadazan, bangsa Iban, bangsa Asal dan sebagainya. Ini bermakna kami berpunya dengan pelbagai kenegaraan dan kebangsaan di sebuah negara yang hanya mempunyai 28 juta penduduk. (angka ini adalah rendah jika dibandingkan dengan Indonesia, Thailand, Vietnam , Filipina, Myanmar, dan tidak dibandingkan lagi dengan China, India, Korea, Japan)

Perlulah saya ingin katakan di sini, bahawa pihak tertentu (terutama sekali Dewan Bahasa dan Pustaka) perlu meninjau dan menampakkan kesahihan tafsiran tentang "bangsa'. Bagi saya, kita hanya mempunyai bangsa Malaysia, dan ianya merupakan salah satu daripada ertikata dan takrif " 1 Malaysia ". Kita hanya mempunyai suatu negara iaitu Malaysia; dan suatu bangsa sahaja iaitu bangsa Malaysia. Dan kita mempunyai pelbagai suku kaum - iaitu suku Melayu, suku Cina, suku India, suku Kadazan, suku Iban, suku Asal, dan sebagainya.

Bayangkan betapa keliru jika sekiranya tetamu asing mengetahui bahawa kita mempunyai begitu banyak "negara" dalam negara ini. Ini adalah kerana kita mempunyai banyak bangsa yang berbagai budaya dan identitinya. Jelaslah bahawa mengapa kita telah dibahagi-bahagikan sebegini dari dulu lagi.

Diharap pihak tertentu dapat memperbetulkan definasi yang jelas maksudnya...
Haahahahahahhahaha!!!!!!!!!!!

No comments: