Total Pageviews

Saturday, June 11, 2011

Cendana Politik Setempat

Wujudnya "demokrasi" sejak tamadun Yunani (Greece) beribu tahun dulu, pangkahnya keistimewaan pengundi-pengundi mereka menjadi penentu kepada siapa yang akan menjadi pemimpin mereka. Wujudnya sistem pengundian yang menjelma barang siapa yang mendapat sokongan majoriti maupun sekadar kelebihan 1 undi sahaja; mempertikaikan kesahihan untuk menghuraikan secara nombor sahaja. Dalam sistem politik yang sediakala, pilihan raya umum adalah menjadi suatu gelanggang untuk menentukan kewibawaan kepemimpinan sesuatu barisan pemimpin. Maupun, setengah pemimpin tidak mempunyai nilai akhlak dan personaliti yang baik; namun ianya telah menonjolkan keadilan yang saksama dalam sistem pengundian, dan diberi peluang untuk bertanding dalam pilihanraya; dan juga lazimnya menang dan menjadi wakil.

Inilah muka seri politik yang dinampak dari konteks luar. Di muka depan, barang apa saja yang diingatkan untuk menarik perhatian penyokongnya supaya mereka menyokong pemimpin (maupun dengan balasan wang, kontrak, tanah, dll). Lazimnya, ini telah berlaku atas kepentingan individu, tanpa ideologi and falsafah hidup. Justeru, ramai yang terlalu ghairah akan kepentingan materialistik; menjadi penyokong lalu menjadi pemimpin mereka. Dengan ini, hilangnya ideologi politik asal, yang selama ini telah menjadi tunggak kepada pertubuhan politk.

Maka dengan ini, hilangnya sokongan apabila pemimpin mereka tidak dapat memenuhi kehendak penyokong-penyokong mereka. Ini terutama sekali, apabila penyokong meminta dan mengaut dengan lebih mendalam lagi. Inilah yang menyebabkan kejatuhan kebanyakan parti pemerintah di seluruh selok dunia sekarang. Rakyat telah bangkit atas kemarahan dan tidak puashati dengan keadaan hidup mereka. Mereka cukup iri hati dengan kehidupan pemimpin mereka yang begitu mewah, dan rakyat pula yang menderita. Tahap kemarahan mereka telah bersungguh-sungguh sehingga cetusnya sebuah insiden yang kecil juga akan menyalakan api pemberontakan yang membara-bara.

Baik pun pihak pembangkang dan opotunis (untuk kepentingan diri) juga mengheboh-hebohkan semangat untuk kebangkitan rakyat, ataupun pemerintah memang perlu ditukar, sistem pengundian telah menjadi sebuah cermin untuk mempertikaikan kewibawaan dan kesahihan untuk mereka meneruskan zaman pemerintahan mereka. Justeru itu, pemerintahnya akan menggunakan apa saja muslihat (jika ia berlaku secara tidak halal) dan strategi (jika ia berlaku secara halal) untuk memesongkan keputusan pengundian.

Adanya, juga kumpulan yang tertentu telah berpadu untuk memperlihatkan sokongan mereka dengan perhimpunan yang menyuarakan keinginan untuk mempunyai suatu pengundian yang BERSIH dan amanah. Proses permintaan telah dijadi gelanggang pertempuran politik.

Didalam pada itu, pihak pemerintah selalunya mempunyai terlalu banyak 'advantage' hinggakan nampaknya mereka tidak 'mungkin' kalah dalam sistem pengundian. Inilah yang menyebabkan mereka menjadi terlalu angkuh, sombong dan sumbang. Politik kumpulan telah menjadi politik individu. Arena politik telah dijadikan arena untuk mengaut kekayaan individu. Terjelmanya, 'entrepreneur' ala politik yang merupakan 'partner' yang baik kepada pemerintah-pemerintah. Apabila individu-individu dalam kumpulan pemerintah itu berkelahi antara satu sama lain (bila masing-masing untuk merebut kepentingan individu, tanpa hiraukan kepentingan kumpulan), maka, hilangnya
advantage mereka.

Di dalam pada itu, aliran politik dan ekonomi ala globalisasi telah menukar 'facelift' politik setempat. Teknologi digital telah suraikan kepautan mesej. Berita dan pemahaman idea telah disebarkan dengan lancar di dalam laman web. Pihak pemerintah telah hilang 'advantage' untuk menyekat pautan dan laungan daripada pihak pembangkang mereka. Kecanggihan teknologi ini merupakan suatu sebab utama yang telah mengakibatkan kejatuhan beberapa kerajaan di luar negara. Aliran dan media sebaran am ini telah menonjolkan kebangkitan suara rakyat.

Aliran deras kehendak individu juga mengada-ada apabila individu-individu tidak lagi paku dan taat kepada suatu ideologi sahaja. Zaman ini menampakkan manusia yang 'bertukar-tukar' fikiran maupun pihak pemerintah itu memperlihatkan 'performance' yang konsisten dan baik. Pengundi-pengundi ingin juga untuk cuba yang 'baru' dan 'muda'. Ini terutama sekali pihak kumpulan pemerintah ini telah terlalu lama mentadbir hinggakan mereka mau sesuatu yang dikatakan sebagai the 'unknown angel'.


Sehingga kini, pedihnya situasi pihak pemerintah ini; terutama sekali apabila mereka telah mula merosot dan kehilangan sokongan daripada rakyat. Hilangnya juga penyokong-penyokong sehingga mereka juga berasa mundur dan cacat terhadap pendirian poltik. Maka, setengah individu di dalam kumpulan pemerintah akan mengamuk dan hilang kewarasan; sehingga mereka akan gunakan apa saja bentuk cara - termasuk dengan menggunakan cara paksa dan keganasan - tanpa menghiraukan kepentingan negara; semata-mata untuk mengekalkan kesahihan mereka. Ini akan mempercepatkan lagi kejatuhan dinasti pemerintahan mereka.
ai ya ya ya ya yaya ya ay
hahahahahahahahahahhahahaah
.....................

No comments: