Total Pageviews

Friday, June 3, 2011

Hebatnya Sebuah Negara Malaysia

Jananya sebuah negara Malaysia pada tahun 1963. Maka, perlembagaan telah mempelbagaikan dan menyerapkan semua nilai-nilai terhadap suku-suku kaum termasuk suku Melayu, India dan Cina yang sebelum ini telah dilesap pada tanggal 31hb Ogos 1957. Justeru itu, bendera Malaysia telah berkibar dengan riang dan bangganya.

Disebalik ini, pertikaian politik telah bercincang cancing, dengan kegawatan politik telahan - ancaman subversif politik ala komunis pada 50an sehingga 80an. Tutupnya tirai kemusykilan dan kesahihan setengah suku kaum atas taat setia mereka terhadap negara ini.

Lantasnya, pendirian yang unik - atas kesudian setengah pihak untuk mengagihkan "kekayaan" ala perintis mengikut suku kaum telah disalurkan - kerana untuk menyelesaikan masalah pertelingkahan dan ketidaksefahaman antara suku kaum Cina, Melayu, India dan sebagainya. Mau tidak mau, dasar ekonomi baru yang diperkenalkan pada 70an telah berjaya memberi sumbangan yang hebat dan drastik dalam membayangkan suatu ideolistik yang strategik dalam mempertikaikan sara hidup suku kaum Melayu. Ini memberi manafaat yang cukup baik sehingga dasar kerajaan telah dilanjutkan untuk mengklasifikasikan keutamaan dan yang kurang keutamaan.

Inilah pertikaian yang paling jelas dalam jurusan politik terkini. Dan perkelahian dan sentimen perpuakan yang tidak habis-habis adalah hasil penjelasan dan pentafsiran teks perlembagaan negara kita. Maka, adalah wajar untuk sesuatu institusi kerajaan untuk menjaga kepentingan bangsanya. Dan dalam kontek ini, ianya adalah bangsa Malaysia. Di dalam pada itu, "Abang" kita dulu yakni "Gentlemen Mat Salleh - English" yang membarakan watak bangsa di Malaysia, mempunyai bangsa Melayu, bangsa India dan bangsa Cina. Mau tidak mau, bangsa-bangsa ini mempunyai kebangsaan, kebudayaan, corak hidup, cara hidup, agama, kepercayaan yang tersendiri. Jadi, adalah tidak wajar untuk menonjolkan suatu bangsa yang baru melainkan bangsa-bangsa mengabaikan kebangsaan, kebudayaan dan sebagainya untuk disatukan sebagai suatu bangsa, suatu budaya dan suatu lafaz , suatu negara, SATU MALAYSIA - naungan Najib yang telah lambat sebanyak 54 tahun.

Kini, ianya adalah tidak wajar untuk mempertikaikan soal perlembagaan, kerana inilah teks direksi negara. Prof Khoo Kay Khim telah berkali-kali mengatakan bahawa soal kontrak sosial antara suku kaum. Dimana, adalah dipercayai bahawa Prof Khoo telah memberi andaian bahawa jika hendak selesaikan masalah sosial, kenalah adanya suatu "constitution amendment". Pada hemat saya, perlembagaan boleh ditukar, wajah muka boleh diperbarui, situasi boleh dikemaskinikan, tetapi rangsing dan hati sanubari sahaja yang kita patut dan kena diutamakan.

Apapun, kita mesti mulakan pendekatan politik yang baru, pendirian dan kesahihan jiwa yang tulin - berkhidmat kepada warga sejagat. Bukan sekadar kita nampak apa yang di depan mata kita sekarang, tetapi ianya juga melibatkan apa yang ada di antara negara, di kawasan politik yang lain, di Asia seterusnya, di dunia secara umumnya.

Negara China telah berkembang maju; hasil usaha keruntuhan dan kebuluran akibat dari pendirian politik ala komunis pada tahun 60an, telah bangkit untuk membuka ruang mereka menyerap nilai ekonomi kapitalis ala sosialis yang tidak pernah diusahakan oleh sesiapa badan poitik di dunia ini. Kini, negara China mempunyai rangkaian keretapi yang paling moden di dunia, mempunyai lebuhraya-lebuhraya yang menyambung seluruh selok belok negaranya. China mempunyai fasiliti-fasiliti hardware yang cukup moden dan maju, tetapi kurangnya pendekatan "softscape". Maupun ianya mempunyai "hardscape" yang cukup baik, tetapi rakyatnya masih tertindas. Dan ketindasan politik ini akan menjelmakan (suatu hari nanti) suatu perkelahian dan perbalahan politik yang eksplosif kelak.

Di sebalik dengan perbalahan terhadap hak-hak keistimewaan suku kaum Melayu dan bumiputera secara umumnya, ianya hanya pertikaian poltik setempat. Pendirian secara globalisasi perlu diungkitkan dan bukan hanya dipuak-puakkan kepada suatu penempatan yang terlalu kecil - hanya untuk Malaysia sahaja. Minda kita telah tukar, zaman sudah berubah. Pertikaian politik perpuakan dan kesukuan kaum bukanlah adalah tidak relevan lagi. Malah, yang penting lagi, masalah sosial, masalah ekologi, masalah ketandusan mineral dan galian, krisis minyak dan tenaga. Ditambah lagi, masalah perumahan dan kependudukan, kesesakan lalu lintas, masalah pengangkutan jalan, dan sebagainya.

Masalah-masalah sosial inilah yang mengakibatkan kekalahan Barisan Nasional di kebanyakan kerusi Parlimen di Semanjung Malaysia. Justeru itu, kesedaran politik dan gelombang perubahan yang baru ini bukanlah lagi memperbalahkan tentang keagihan kekayaan tetapi lebih penting lagi krisis kehidupan dan kesaraan harian yang lebih trajik...

Sehingga ini, batik menyembah - DAULAT TUANKU - sempena Hari Keputeraan Rasmi
YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH..


No comments: